Sony sedang membangunkan filem Madame Web, iaitu filem yang berlaku dalam dunia Spider-Man dan akan melibatkan banyak versi Spider-Man serta penggunaan konsep multimesta. Filem ini dikhabarkan akan melibatkan Marvel Studios dan juga Kevin Feige.

Filem ini akan menyertakan pelakoon seperti Dakota Johnson (Fifty Shades of Grey), Sydney Sweeney (The White Lotus), Emma Roberts (American Horror Story), Isabela Merced (Dora and the Lost City of Gold), Celeste O’Connor (Ghostbusters: Afterlife) dan Tahar Rahim (Apple TV+ The Serpent).

Di dalam komik, Madame Web atau nama sebenar Cassandra Webb adalah seorang wanita buta dan ada penyakit kronik neuromuskular dengan masalah untuk bergerak serta bernafas. Beliau kerap duduk pada saran labah-labah berbentuk kerusi yang turut berfungsi sebagai alat bantuan untuk beliau terus hidup. Madame Web turut kerap membantu Spider-Man dan mempunyai kuasa psikik untuk berlawan dan menumpaskan musuh.

Terkini, pelakon dalam siri TV Apple TV+ popular Severance iaitu Adam Scott disahkan turut akan berlakon dalam filem ini. Watak beliau masih dirahsiakan, seperti jalan cerita untuk filem ini yang masih misteri di khalayak umum.

Sohor Kini