Seperti yang diacahkan sebelum ini, PUBG Mobile akhirnya memulakan secara rasmi kolaborasi mereka dengan siri filem popular iaitu KL Gangster, ia akan berlangsung sehingga 15 Ogos 2022.

Melaluinya, pemain berpeluang untuk mendapatkan pek suara daripada dua watak utama iaitu Malek dan Shark yang akan disuarakan oleh pelakon asal iaitu Aaron Aziz dan juga Syamsul Yusof.

Pek suara ini akan ditawarkan dalam dua edisi iatiu Edisi Biasa dan Edisi Tambahan, untuk edisi biasa, ia boleh didapatkan secara percuma dengan melakukan acara di dalam permainan iaitu “Gangster Street”. Edisi biasa akan mempunyai 3 kata-kata, manakala Edisi Tambahan, 12 kata-kata.

Ia bermula dengan “Malek’s Redemption” yang menyertakan misi selama 10 hari. Menyelesaikan kesemua misi ini, pemain akan mendapat pek suara edisi biasa Malek secara percuma dan juga membuka Shark’s Takeover. Shark’s Takeover juga akan mempunyai misi selama 10 hari dan dengan menyelesaikannya pemain akan mendapat pek suara edisi biasa Shark.

Manakala untuk Pek Suara Edisi Tambahan pula ia boleh dibeli melalui kedai di dalam permainan dengan harga 100 crystals.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini