“Gen V” Adalah Siri Sampingan The Boys

The Boys sudah disahkan akan mempunyai siri sampingan tersendiri memfokuskan pelajar-pelajar universiti khusus untuk individu dengan kuasa luar biasa. Universiti ini adalah satu pusat pengajian di bawah Vought International, Good Oak.

Siri ini dikatakan akan mengekalkan tema ngeri, ganas, darah tanpa henti dengan tema seakan Hunger Games. Ini bermakna, pelajar mungkin perlu bertanding sambil menguji kuasa masing-masing. Watak daripada The Boys juga dikatakan akan merentas ke dalam siri ini.

Twitter The Boys baru-baru ini menciap satu video dengan senarai pelakon memberi reaksi kepada siri TV ini. Mereka turut dedahkan judulnya, iaitu Gen V. V adalah bahan kimia yang digunakan untuk memberi manusia kuasa, ia digelar sebagai Compund V atau dalam musim ketiga ada variasi baharu Temp V.

Michele Fazekas dan Tara Butters adalah penerbit utama dengan Eric Kripke, Seth Rogen dan Evan Goldberg kekal memainkan peranan masing-masing untuk memastikan siri TV ini berjaya. Ia juga masih belum mempunyai tarikh siaran, tetapi dijangka sekitar tahun 2023 nanti.

Lizze Broadway, Jaz Sinclair, Chance Perdomo, Shelley Conn, Maddie Phillips, London Thor, Derek Luh, Asa Germann, Patrick Schwarzenegger, Sean Patrick Thomas, dan Marco Pigossi adalah antara pelakon dalam siri TV ini. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Sohor Kini