Capcom sebelum ini telah menganjurkan sesi percubaan rangkaian untuk Exoprimal akan tetapi ia adalah terhad kepada pemain di Amerika Syarikat dan juga Kanada.

Manakala bagi pemain secara global, ia akan dianjurkan pada 25 Julai untuk sesi pertama dan 7 Ogos untuk sesi kedua. Jika berminat, pendaftaran sudah dibuka melalui pautan ini.

Sesi percubaan ini adalah untuk PC sahaja.

Exoprimal merupakan permainan multi-pemain berdasarkan pasukan. Ia akan tiba pada tahun 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini