Owlcat Games dan Prime Matter telah mengumumkan yang Pathfinder: Wrath of the Righteous akan dikeluarkan untuk konsol pada 29 September 2022.

Ia adalah untuk PlayStation 4 serta Xbox One, ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Ia juga akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch akan tetapi secara edisi cloud.

Di konsol, ia akan menawarkan Pathfinder: Wrath of the Righteous Enhanced Edition yang juga akan ditawarkan kepada pemilik di PC pada 8 September ini.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan DLC yang ketiga untuk permainan ini iaitu The Treasure of the Midnight Isles akan dikeluarkan untuk PC terlebih dahulu pada 11 Ogos 2022 yang akan menyertakan penceritaan dan juga kawasan baharu.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Pathfinder: Wrath of the Righteous untuk versi PC juga kini ditawarkan dengan potongan harga bersempena dengan Jualan Promosi Musim Panas di Epic Games Store.

Sohor Kini