Mattel dan Milestone telah melancarkan penambahan berdasarkan Looney Tunes untuk permainan lumba kereta Hot Wheels Unleashed dan anda boleh tonton video pengumuman untuknya di bawah.

Antara yang disertakan di dalam penambahan ini adalah 5 kereta baharu, Track Builder Module yang bertemakan Looney Tunes, termasuk juga barangan-barangan ubah suai. Pemain juga boleh mengalami persekitaran baharu berdasarkan siri klasik Looney Tunes Adventure Park.

Ia ditawarkan bersama dengan Hot Wheels Pass Vol. 3 dan juga boleh dibeli secara berasingan. Hot Wheels Unleashed sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini