EA dan Respawn Entertainment telah mengumumkan penganjuran acara masa terhad di dalam permainan battle royale mereka Apex Legends iaitu Gaiden Event. Ia akan berlangsung bermula pada 19 Julai sehingga 2 Ogos 2022.

Gaiden Event ini antaranya membawa kembali mod permainan “Armed and Dangerous” dengan kitaran peta adalah World’s Edge, Olympus, dan Storm Point.

Seperti biasa ia juga akan menyertakan Flash Events tersendiri yang akan berlangsung di dua bahagian yang pertama bermula pada 19 Julai sehingga 26 Julai dan yang kedua bermula pada 26 Julai sehingga 2 Ogos.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan 40 barangan kosmetik khusus untuk acara ini, di mana jika mengumpul kesemua barangan tersebut, kostum untuk Bangalore akan diberikan iaitu Apex Commander.

Barangan ini boleh didapatkan melalui Gaiden Event Packs ataupun di beli secara terus melalui kedai.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini