PlayStation hari ini telah mengumumkan program baharu di bawah mereka iaitu PlayStation Stars yang merupakan program kesetiaan yang khusus untuk pengguna dan juga pemain PlayStation. Ia akan dilancarkan sekitar tahun ini, dan adalah percuma untuk disertai.

Pengguna yang mendaftar untuk menyertai PlayStation Stars ini boleh mengumpul mata kesetiaan yang kemudiannya boleh ditukar untuk mendapatkan pelbagai barangan seperti PSN Wallet dan juga barangan di PlayStation Store.

Antara cara untuk mengumpul mata kesetiaan ini adalah dengan melakukan pelbagai kempen seperti “Monthly Check-in” yang sekadar memerlukan ahli PlayStation Stars untuk bermain apa-apa permainan di konsol PlayStation. Selain itu, terdapat juga cabaran untuk memenangi kejohanan, mendapatkan trofi tertentu bahkan menjadi yang pertama mendapat trofi platinum.

Bagi ahli yang juga pelanggan PlayStation Plus pula akan mendapat mata kesetiaan untuk setiap pembelian di PS Store.

Sebahagian daripada PlayStation Stars ini, mereka juga memperkenalkan “digital collectibles” yang membolehkan peminat PlayStation untuk mengumpul versi digital bagi barangan-barangan PlayStation seperti figura, perkakas ataupun konsol. PlayStation menegaskan yang barangan ini bukanlah NFT, ia tidak boleh dijual beli, dan juga tidak menggunakan teknologi rantaian blok.

Sohor Kini