Twitter telah mengumumkan yang bagi pertengahan pertama untuk tahun 2022, sudah terdapat 1.5 bilion ciapan mengenai permainan video, dan memperlihatkan peningkatan sebanyak 36% untuk tahun-ke-tahun.
Tambah mereka, peningkatan didorongi oleh permainan seperti Elden Ring yang menjadi sangat popular sebelum dan juga selepas dikeluarkan, Xbox Showcase, PlayStation State of Play dan juga pelbagai kejohanan esukan.
Namun, permainan yang paling banyak dipercakapkan di Twitter adalah Genshin Impact yang terus memegang takhta tersebut sejak dari tahun lepas. Berikut adalah senarai penuh untuk permainan paling popular;
Manakala 10 negara yang paling banyak bercakap mengenai permainan video didominasi negara-negara dari Asia;
Anda boleh lihat senarai lain yang dikongsi oleh Twitter seperti pemain dan juga pasukan esukan paling popular, pencipta kandungan dan juga Twitter Communities melalui pautan ini.