Private Division dan Roll7 telah mengumumkan yang Rollerdrome akan ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM85.14 di Steam dan juga untuk pelanggan PlayStation Plus. Tanpa harga promosi ini, ia akan ditawarkan dengan harga RM98 di Steam dan RM129 di PlayStation Store.

Selain itu, bagi pelanggan PlayStation Plus Deluxe boleh mencuba permainan ini bermula pada 16 Ogos ini melalui fungsi “Game Trials”.

Rollerdrome merupakan permainan menembak third-person berkasut lereng. Di dalam permainan ini pemain akan membawa watak Kara Hassan yang baru sahaja menyertai Rollerdrome iaitu pertandingan ganas di mana pemain perlu bertempur dengan senjata yang betul untuk menjadi juara.

Pada masa sama, penceritaan juga akan membongkar misteri mengenai syarikat teknologi di-sebalik kejohanan Rollerdrome ini.

Rollerdrome akan dikeluarkan pada 16 Ogos 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini