EA dan Respawn Entertainment telah melancarkan musim 2 untuk Apex Legends Mobile yang membawa sebilangan kandungan baharu seperti legend baharu iaitu Rhapsody, peta dan juga mod baharu.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Rhapsody adalah satu lagi legend yang hadir secara eksklusif untuk Apex Legends Mobile selepas Fade yang tiba sebelum ini. Dia adalah watak support yang mempunyai kebolehan seperti berikut;

  • Pasif: Gifted Ear – Rhapsody boleh mendengar dari jarak jauh
  • Tactical: Hype Anthem – Rhapsody akan memainkan muzik yang akan mempercepatkan pengecasan semula perisai.
  • Ultimate: Rowdy’s Rave – Rhapsody akan menghasilkan satu dinding yang akan menghalang penglihatan dan juga imbasan lawan.

Selain itu, ia juga akan menyertakan peta baharu iaitu Pythas Block 0 dan Kings Canyon. Mod permainan baharu pula adalah Gun Games dan Hack. Manakala acara yang akan dianjurkan pula adalah Town Takeover: Encore Galore, Rhapsody LIVE, dan Conqueror of Kings.

Kandungan lain adalah seperti biasa Battle Pass baharu dan juga barangan kosmetik baharu yang boleh didapatkan.

Apex Legends Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini