Riot Games telah mengumumkan yang acara Star Guardian akan dianjurkan bermula pada hari ini dengan ia akan melibatkan kesemua permainan-permainan mereka seperti League of Legends, League of Legends: Wild Rift, dan Legends of Runeterra.
Selain itu, mereka juga telah mengumumkan lagu dan video muzik khas untuk acara ini iaitu “Everything Goes On” oleh Porter Robinson akan dikongsi malam ini. Anda boleh tonton melalui video di bawah apabila ia dilancarkan kelak.
Star Guardian merupakan penceritaan di dalam League of Legends di mana beberapa watak daripada permainan tersebut telah menjadi pelindung bintang untuk melawan pelbagai penjahat. Ini adalah kali keempat acara Star Guardian dianjurkan.
Berikut adalah antara kandungan yang akan tiba mengikut permainan;
Bersempena dengan acara ini, Riot Games juga akan melakukan sumbangan derma melalui Riot Games Social Impact Fund dan pemain boleh membantunya melalui pembelian barangan di dalam permainan. Pemain juga boleh dapatkan barangan merchandise berdasarkan acara ini.