Peaky Blinders adalah siri TV yang cukup popular dan digemari ramai, mengisahkan geng jenayah British ketika Perang Dunia Pertama. Ia adalah kisah fiksyen berdasarkan geng jenayah dengan nama sama pada tahun 1880-an ke 1910-an.

Siri TV ini dihasilkan oleh Steven Knight, yang juga merupakan pencipta siri TV See di Apple TV+. Kini Steven akan terus bekerjasama dengan Apple untuk siri TV baharu pula.

Siri TV ini adalah Ferrari, drama menceritakan kehidupan Enzo Ferrari. Ia adalah adaptasi kepada novel biografi Ferrari Rex karya Luca Dal. Ia akan diarahkan oleh Stefano Sollima (pengarah Sicario 2: Soldado) dan diterbit oleh Lorenzo Mieli dan Nicola Giuliano.

Ferrari di Apple TV+ akan mengisahkan kehidupan Enzo yang dianiaya oleh pelumba utama beliau sendiri Juan Manuel dan anak sulung beliau yang mati pada tahun 1956-1961. Dengan dendam terhadap Juan, Enzo membangunkan pasukan lumba kereta sendiri dengan misi mencari lima pelumba hebat untuk menjadi juara.

Dalam pada itu, ia turut akan menceritakan perwatakan Enzo sendiri dan bagaimana beliau berhadapan dalam satu perbicaraan mahkamah mengenai lima pelumba, lima kematian dalam tempoh lima tahun.

Siri TV ini masih tiada pelakon dan tarikh siaran lagi. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut.

Sohor Kini