Ubisoft Kongsi Video Bentuk Permainan Untuk The Division Resurgence

Ubisoft hari ini telah berkongsi treler baharu untuk The Division Resurgence iaitu permainan The Division yang dihasilkan khusus untuk peranti mudah alih iaitu iOS dan Android. Treler kali ini memfokuskan bentuk permainan untuknya.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Berdasarkan yang diperlihatkan, ia mempunyai bentuk permainan yang lebih kurang dengan The Division dan juga The Division 2, namun dengan kawalan yang lebih mesra peranti pintar.

Seperti diumumkan sebelum ini, Resurgence akan menyertakan penceritaan tersendiri dan memberikan pandangan baharu untuk penceritaan di dalam The Division dan juga The Division 2.

The Division Resurgence akan menyertakan sesi permainan secara solo dan juga koperasi dengan pelbagai aktiviti PvE melalui misi penceritaan dan aktiviti biasa.

Buat masa ini ia tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran akan tetapi sesi beta akan tiba tidak lama lagi.

Sohor Kini