PlayStation telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam katalog permainan untuk pelanggan PlayStation Plus Extra dan juga Deluxe. Antara permainan utama yang disertakan adalah Final Fantasy VII Remake Intergrade, Marvel’s Avengers dan permainan baharu Stray.
Permainan ini akan mula disertakan pada 19 Julai dan berikut adalah permainan yang akan disertakan;
Selain itu, bagi pelanggan PlayStation Plus Deluxe, dua permainan klasik juga akan disertakan iaitu No Heroes Allowed! dan LocoRoco Midnight Carnival.
PlayStation Plus kini ditawarkan dengan tiga pakej langganan iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Anda boleh baca pautan ini untuk maklumat lanjut mengenainya.