Black Mirror sudah pun disahkan akan kembali untuk musim keenam, selepas tiga tahun menyepi. Bagi yang tidak tahu, Black Mirror adalah siri TV antologi yang mengisahkan kesan buruk terhadap teknologi dalam kehidupan seharian manusia. Ada yang komedi, seram, ngeri dan drama menyedihkan.

Black Mirror musim keenam dikatakan akan mempunyai lebih banyak episod berbanding musim kelima. Masih tiada tarikh siaran dan sinopsis untuk cerita di dalam musim baharu ini. Tetapi siri TV antologi ini dilaporkan sudah pun dalam pembangunan.

Untuk tiga episod pertama, Variety mendedahkan yang pelakon Zazie Beetz, Paapa Essiedu, Josh Hartnett, Aaron Paul, Kate Mara, Danny Ramirez, Clara Rugaard, Auden Thornton dan Anjana Vasan akan terlibat. Tetapi turut dijangka akan ada lebih ramai pelakon sertai untuk episod-episod lain.

Sohor Kini