Naughty Dog telah mengumumkan yang The Last of Us Part I telah siap dibangunkan untuk PlayStation 5. Seperti diumumkan sebelum ini, ia akan dilancarkan pada 2 September 2022. The Last of Us Part I merupakan permainan olahan semula untuk permainan pertama siri ini yang dikeluarkan pada tahun 2013.

Melalui versi baharu ini, Naughty Dog akan memberikan kualiti yang sama untuk The Last of Us Part II iaitu penggunaan enjin baharu dan juga kualiti grafik yang lebih baik. Walaupun ditawarkan dengan harga yang penuh, iaitu RM299 untuk PlayStation 5, Naughty Dog mengatakan naik taraf yang dilakukan adalah berbaloi untuk harga tersebut.

Selain untuk PlayStation 5, mereka turut mengumumkan yang ia juga sedang dibangunkan untuk PC akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran.

Sohor Kini