Nordisk Games pada tahun lepas telah mengumumkan pelaburan untuk mendapatkan 30% pegangan di bagi Supermassive Games iaitu pembangun untuk siri The Dark Pictures, Until Dawn dan yang terbaru The Quarry.

Terkini, mereka telah mengambil-alih secara penuh di dalam satu transaksi yang tidak diumumkan nilainya. Mereka sebelum ini mengatakan yang Supermassive Games yang menghasilkan permainan interaktif bersesuaian dengan bidang dan kepakaran untuk Nordisk Games.

Supermassive Games akan menyertai Avalanche Studios dan MercurySteam yang merupakan studio di bawah Nordisk Games.

Sohor Kini