Bandar Albuquerque, New Mexico di Amerika Syarikat yang merupakan latar tempat utama untuk siri Breaking Bad akan memperlihatkan arca berdasarkan dua watak utama untuk siri tersebut iaitu Walter White dan Jesse Pinkman.

Menurut kenyataan akhbar yang dikongsikan oleh IGN, arca tersebut telah ditempah oleh Vince Giligan iaitu pencipta siri Breaking Bad dengan kerjasama bersama dengan Sony Pictures Television untuk didermakan kepada bandar Albuquerque.

“Sepanjang 15 tahun, dua siri TV dan juga satu filem, Albuquerque telah menjadi tuan rumah yang baik kepada kami. Saya ingin membalas budi tersebut” kata Giligan.

Arca ini akan diperlihatkan pada 29 Julai dan akan ditempatkan di dalam Albuquerque Convention Center yang akan dihadiri oleh Vince Giligan sendiri, Peter Gould iaitu pencipta bersama Better Call Saul dan juga pelakon untuk watak tersebut iaitu Bryan Cranston dan Aaron Paul.

Breaking Bad adalah siri TV yang mempunyai 5 musim dan 1 filem, dan siri lain di dalam dunia yang sama iaitu Better Call Saul sudah mempunyai 6 musim.

Sohor Kini