Kempen “Free Fire Untuk Semua” telah berlangsung sejak April lepas bagi permainan Free Fire dan akan berterusan sehingga September 2022. Memeriahkan lagi kempen ini, Garena telah mengumumkan kerjasama dengan artis tempatan iaitu Bunga.
Dia akan menyertai Zizan Razak, Ismail Izzani dan juga Dolla yang telah bekerjasama untuk kempen yang sama sebelum ini.
Melalui kerjasama ini, Bunga yang juga merupakan seorang pelakon akan hadir dengan filem pendek “Free Fire Untuk Semua Keadaan” dimana dia akan membawa watak seorang pelajar yang sukar untuk bergaul akan tetapi mempunyai rakan yang dikenali sebagai “Free Fire Family”.
Anda boleh tonton video acah untuk filem tersebut di bawah, dan filem penuh akan dikongsi malam ini di laman media sosial untuk Free Fire.
Selain itu, bersempena dengan acara ini, aktiviti di dalam permainan iaitu “All Circumstances” di bawah “Free Fire Adventure for All” sudah berlangsung bermula pada 12 Julai sehingga 1 Ogos. acara Battle in Style juga akan berlangsung sekitar bulan ini.
Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.