Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengatakan yang mereka komited untuk terus memperkasakan industri dengan rangka tindakan penyelesaian mengenai isu cetak rompak digital dan juga hak cipta.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh FINAS adalah memperkasakan Dasar Perfileman Negara di dalam aspek perlindungan hak cipta dan kawal selia ekosistem digital daripada jenayah cetak rompak.

Mereka juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Menangi Cetak Rompat Digital dengan keanggotaan terdiri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

FINAS juga telah membentuk gerak kerja Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS bagi mengenal pasti platform-platform tidak berlesen di bawah Akta 244.

Mereka juga akan terus bekerjasama dengan KPDNHEP kerana perundangan berkaitan cetak rompak dan hak cipta berada di bawah bidang kuasa KPDNHEP dan bagi tahun ini, FINAS telah mengankat dan menyalurkan sebanyak 78 kes kepada KPDNHEP.

Sohor Kini