Yoodo Alliance iaitu pasukan esukan untuk PUBG Mobile atas kerjasama di antara Yoodo dan pasukan Alliance, sebelum ini mereka bekerjasama dengan pasukan 4Rivals, namun mengikut pengumuman terbaru mereka telah menyenaraikan pasukan baharu dan ia adalah pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai Farang Lejund.

Berikut adalah senarai pemain baharu untuk Yoodo Alliance;

  • JangS – Muhammad Farhan bin Abdul Gafar
  • Repoboy – Muhammad Arif bin Mohd Zaidi
  • AdikLuq – Muhammad Luqman Hakim bin Hasan
  • Helton – Muhammad Abbas Bin Saufi
  • Luppy – Syameer Aidil Bin Omar
  • Oliyo – Mohamad Azli bin Amran
  • Syamil – Muhammad Syamil Najmi Bin Mohd Ghazali

Sebagai Farang Lejund mereka sebelum ini berada di tempat ketiga PUBG Mobile Pro League Spring MY/SG/PH 2022 dan juga akan mewakili Malaysia ke Sukan Asia, yang buat masa ini masih tertunda.

Sohor Kini