Filem Thor: Love and Thunder adalah filem solo Thor keempat dan merupakan filem MCU baharu yang diarahkan oleh Taika Waititi. Filem ini akan menceritakan kisah Thor selepas Endgame serta bagaimana Jane menjadi Thor baharu.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 8 Julai. Kemudian Walt Disney Studio Malaysia menunda filem ini ke tarikh baharu, iaitu 21 Julai. Sebab rasmi tunda ini berlaku tidak didedahkan.

Bagi mereka yang sudah membeli tiket untuk 8 Julai, tiket dan wang sudah mula dipulangkan secara berperingkat. Peminat Thor di Malaysia turut masih menantikan tayangan filem ini. Namun terdapat berita buruk kepada mereka yang menantikan filem MCU baharu ini. Di TGV dan MBO, Thor: Love and Thunder tidak lagi mempunyai tarikh tayangan. Malah laman web mereka turut tidak menyenaraikan filem ini lagi.

Tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya. Hampir satu dunia sudah mula tayangkan filem ini, tetapi di Malaysia kita masih tidak dapat tonton filem ini.

Baca: Ulasan Thor: Love And Thunder – Filem Thorbaek Yang Tidak Boleh Tonton Sekarang!

Sohor Kini