Stray Dog Studio merupakan studi animasi dari Kanada dan mereka telah hadir dengan satu animasi berjudul “Legend – A Dragon Ball Tale” iaitu penceritaan tersendiri berdasarkan siri anime dan manga popular Dragon Ball.
Anda boleh tonton animasi tersebut di bawah.
Di dalam video ini diperlihatkan bagaimana Vegeta baru sahaja diberi gelaran sebagai raja untuk Saiyans. Manakala Goku sedang bertempur dengan Chi-Chi di “World Martial Arts Championships”. Tetapi pertempuran tersebut telah diganggu oleh Broly.
Sebagai satu animasi oleh peminat, ia sudah semestinya bukan penceritaan yang rasmi akan tetapi ia masih lagi menarik terutama watak Vegeta diperlihatkan dengan sangat baik.
Video ini dikongsi oleh channel Youtube peribadi Nas Pasha iaitu artis di bawah Stray Dog Studio – Agent Mystery Meat.