Square Enix telah mengumumkan yang permainan baharu mereka The DioFiled Chronicle akan dilancarkan pada 22 September 2022 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Anda boleh tonton video pengumuman tarikh pelancaran di bawah.
Seperti dikongsi semasa pengumuman buat pertama kali pada bulan Mac lepas, permainan ini dibangunkan oleh Lancarse Ltd yang terdiri daripada pembangun-pembangun veteran permainan strategi. Watak dihasilkan oleh Taiki (Lord of Vermilion III, IV) dan muzik dihasilkan oleh Ramin Djawadi dan Brando Campbell yang pernah menghasilkan lagu untuk Game of Thrones.
Di dalam permainan ini keadaan keamanan di DioField Island terganggu apabila peningkatan kuasa peperangan dan juga magis. Pemain akan mengawal kumpulan Blue Fox iaitu askar upahan.