Permainan MOBA oleh The Pokemon Company iaitu Pokemon Unite bakal menyambut ulang tahun pertama mereka pada 21 Julai ini, dan mereka telah mengumumkan sambutan tersebut akan disertai oleh kumpulan k-pop popular Itzy.

Walaupun sambutan akan dilakukan pada minggu depan, akan tetapi Pokemon Unite dan Itzy telah memulakan kolaborasi mereka termasuk juga hadir dengan rancangan khas yang disertakan pada minggu lepas.

Anda boleh tonton rancangan tersebut di bawah.

Selain itu, pemain juga kini boleh mendapatkan headwear dan juga pelekat untuk digunakan di dalam permainan. Buat masa ini maklumat lanjut mengenai sambutan ulang tahun nanti tidak diumumkan akan tetapi mereka mengatakan yang semua anggota Itzy akan menyertainya.

Pokemon Unite sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini