Action Square telah mengumumkan permainan Kingdom: The Blood iaitu permainan aksi yang merupakan adaptasi kepada siri popular Netflix dari Korea Selatan iaitu Kingdom. Permainan ini dikatakan akan dilancarkan untuk PC dan juga peranti mudah alih.

Anda boleh tonton video bentuk permainan di bawah.

Seperti di dalam siri Kingdom, permainan ini juga memerlukan pemain untuk bertempur dengan zombi dan juga manusia. Menurut IGN, permainan ini akan menyertakan mod penceritaan dan satu lagi mod iaitu Conquest dan pemain juga boleh menghasilkan watak sendiri.

Buat masa ini Kingdom: The Blood masih tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran. Action Square adalah pembangun dari Korea Selatan yang pernah hadir dengan permainan seperti siri Blade dan Anvil.

Sohor Kini