Anda Kini Boleh Menstrim Runut Bunyi Dragon Ball Di Spotify

Para peminat francais Dragon Ball pasti tidak sabar untuk menantikan tayangan filem animasi baharu iaitu Dragon Ball Super: Super Hero. Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Ogos akan datang. Filem ini sudah pun ditayangkan di beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat. Pengkritik juga sudah mengeluarkan ulasan mereka dan semangat menantikan filem ini tiba di Malaysia pasti semakin membara.

Sementara menunggu tarikh tayangan tiba, peminat Dragon Ball kini boleh menikmati runut bunyi yang kini boleh distrim di Spotify. Spotify telah mengeluarkan tiga album runut bunyi Dragon Ball dan Dragon Ball Z.

Album pertama adalah Dragon Ball Z, Complete Song Collection Box dengan 15 lagu termasuk Cha-La Head-Cha-La. Kemudian ada album dengan 26 lagu melalui BGM Collection, Vol. 1 dan Bgm Collection (Vol. 3) dengan 19 lagu.

Sohor Kini