Durioo+ adalah platform penstriman baharu daripada pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana, iaitu Sinan Ismail. Durioo+ merupakan platform penstriman yang ditujukan kepada kanak-kanak dan memfokuskan kepada kandungan dengan nilai islamik.

Mereka mempunyai banyak kandungan daripada filem, siri TV, animasi, vlog dan banyak lagi dengan langganan pada harga RM12.99 sebulan. Terkini, untuk mengembangkan platform mereka dengan menambah lebih banyak kandungan – Durioo memperkenalkan Durioo+ Creator.

Durioo mencari pencipta kandungan untuk vlog, tutorial, video DIY, video sukan, kraf tangan, hobi, pendidikan yang bertemakan islamik dan mesra kanak-kanak. Mereka juga inginkan kandungan asli bagi memeriahkan lagi platform ini,

Malah, setiap video yang dihantar ke mereka turut boleh menjana pendapatan jika format dan kandungan video melepasi syarat dan piawaian mereka. Jika lepas, satu video akan terus dibayar $25 iaitu sekitar RM111 tanpa perlu capai 4000 jam tontonan.

Sohor Kini