Garena pada hari ini telah melancarkan permainan sandbox iaitu Garena Blockman GO di pasaran Asia Tenggara termasuk juga di Malaysia. Melaluinya, ia menyertakan pelbagai permainan mini, termasuk juga yang baru dilancarkan iaitu Party Street.

Selain itu, mereka juga mengumumkan Garena Blockman Editor iaitu editor permainan video percuma yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menghasilkan permainan-permainan mini, ataupun kandungan lain buat permainan ini.

Di Malaysia, Singapura dan Filipina, acara BMG Music Fest turut dianjurkan, iaitu permainan mini dalam bentuk permainan irama. Dengan bermain-nya pemain berpeluang untuk mendapatkan kostum khas. Ia berlangsung sehingga 15 Julai 2022.

Garena Blockman Go dilancarkan untuk iOS dan Android. Editor permainan boleh didapatkan melalui pautan ini.

Sohor Kini