Daedalic Entertainment telah berkongsi treler baharu untuk permainan The Lord of the Rings: Gollum dan kali ini ia serba sedikit memperlihatkan bentuk permainan buat pertama kali.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Permainan ini akan memfokuskan kepada watak Gollum dan pemain perlu mengembara sambil mengelak dari pertempuran melawan dengan pelbagai makhluk di dalam dunia The Lord of the Rings. Oleh kerana Gollum bukanlah watak yang kuat, pertempuran secara terus perlu sentiasa dielakkan.

Dari segi penceritaan, ia adalah berdasarkan bab pertama di dalam buku The Fellowship of the Ring, di mana selepas Gollum kehilangan cincin kepada Bilbo Baggins, dia mengembara dari Barad-dur hinggalah ke Mirkwood.

The Lord of the Rings: Gollum akan dikeluarkan pada 1 September 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Versi Nintendo Switch turut diumumkan akan tetapi ia akan tiba di satu tarikh yang berbeza.

Sohor Kini