Steam Next Fest Seterusnya Akan Berlangsung Bulan Oktober Ini

Steam Next Fest telah berlangsung dengan jayanya pada bulan lepas yang memperlihatkan ribuan demo permainan ditawarkan secara percuma. Valve telah mengumumkan yang Steam Next Fest seterusnya akan berlangsung pada 3 Oktober sehingga 10 Oktober 2022.

Seperti penganjuran-penganjuran sebelum ini, Steam Next Fest Edisi Oktober 2022 ini akan menyertakan demo permainan percuma, termasuk juga untuk permainan yang masih tidak dilancarkan. Selain itu, dari semasa ke semasa akan disertakan penstriman langsung.

Dianjurkan sebagai ganti untuk acara-acara fizikal pada tahun 2020, Steam Next Fest telah menjadi tempat untuk pemain mencari permainan-permainan menarik, terutama permainan-permainan indie.

Jika anda adalah pembangun, anda boleh layari pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi cara menyertai acara ini.

Sohor Kini