Alchemy Stars Menerima Kandungan Berdasarkan Persona 5

Kumpulan The Phantom Thieves bakal memasuki dunia Alchemy Stars tidak lama lagi apabila Level Infinite dan Tourdog Studio telah mengumumkan yang acara rentas siri akan bermula pada 14 Julai dan berlangsung sehingga 3 Ogos 2022.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Sepanjang acara ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan Joker, Fox, Queen dan Violet melalui dua banner khas. Selain itu, kucing yang mengaku dirinya ketua untuk The Phantom Thieves iaitu Mona akan diberikan kepada semua pemain secara percuma.

Selain itu, terdapat juga misi baharu yang boleh dilakukan dan pemain akan melakukannya bersama dengan Joker dan Queen.

Alchemy Stars sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini