FYQD Studio dan Playism telah mengumumkan yang permainan aksi mereka iaitu Bright Memory: Infinite akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan Nintendo Switch pada 21 Julai 2022. Ia sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PC.

Mereka juga berkongsi video khusus untuk versi konsol.

Bagi PlayStation 5 ia akan menyokong dua mod iaitu 4K60 dengan sokongan Ray Tracing atau mod Performance 120FPS, ia juga menyokong picu penyesuai. Manakala Xbox Series X dan Xbox Series S, 4K60 (1440p60) dan 120FPS untuk mod Performance dan hiasan senjata eksklusif.

Sohor Kini