Mechamato adalah animasi baharu daripada pencipta BoBoiBoy, iaitu Monsta atau Animonsta Studio. Ia mengisahkan bapa BoBoiBoy iaitu Amato yang muncul dalam BoBoiBoy Movie 2. Dalam siri animasi, Amato masih remaja dan telah bertemu dengan MechaBot, salah sau sfera kuasa dalam dunia BoBoiBoy.

Seperti yang semua sudah tahu, Mechamato sepatutnya adalah filem – tetapi disebabkan pandemik ia ditunda dan siri TV dikeluarkan terlebih dahulu. Menurut CEO Monsta, Nizam Razak – filem Mechamato Movie telah diubah menjadi satu filem asal-usul.

Filem ini banyak menggunakan elemen dalam Malaysia yang diolah semula, seperti bandar Kota Hilir yang mengambil inspirasi Bandar Hilir, Melaka dan juga elemen pertahan diri seperti silat. Menurut Nizam, jika tiada aral melintang – filem ini akan ditayangkan pada hujung tahun 2022 untuk pasaran Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Manakala jika berkesempatan, mereka akan memperluaskan filem ini ke pasaran antarabangsa untuk versi bahasa Jepun, Korea dan Inggeris. Buat masa ini sinopsis penuh dan butiran lanjut filem masih belum didedahkan lagi. Tetapi filem ini sudah pun hampir siap sepenuhnya dengan kini berada di fasa pasca produksi serta untuk memastikan filem animasi ini akan memberikan penonton pengalaman yang mantap.

Sementara menantikan filem in ditayangkan, siri animasi Mechamato boleh distrim di HBO Go dan Astro Go sementara di Astro adalah melalui saluran Cartoon Network.

Sohor Kini