Pada bulan lepas, PUBG Mobile telah mengacahkan acara kolaborasi di antara permainan battle royale tersebut dengan filem popular KL Gangster. Mereka telah berkongsi satu video pendeknya untuknya, terbaru, mereka telah berkongsi treler baharu yang memperlihatkan watak Shark lakonan Syamsul Yusof dan Malek lakonan Aaron Aziz.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Acara kolaborasi ini akan bermula pada 15 Julai dan maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi-kan kemudian. Berdasarkan yang diperlihat di dalam treler di atas, antara barangan untuk acara ini adalah pek suara dari Shark dan juga Malek.
PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.