Entertainment Software Association (ESA) telah mengumumkan yang acara E3 akan kembali berlangsung pada bulan Jun tahun depan dan ia akan menjadi acara fizikal. Mereka juga mengumumkan yang ReedPop akan menganjurkan acara ini iaitu penganjur untuk New York Comic Con, dan Star Wars Celebration.
Sejak pandemik Covid-19 bermula, acara E3 sudah tidak dianjurkan secara fizikal, manakala pada tahun lepas ia tidak langsung dianjurkan. Dengan pengumuman terbaru ini, E3 akhirnya kembali dan sudah semestinya menarik untuk melihat jika masih ramai penerbit yang akan menyertainya.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, E3 akan dianjurkan di Los Angeles Convention Center pada minggu kedua Jun 2023.