James Caan Pelakon The Godfather Dan Misery Meninggal Dunia

Pelakon veteran terkemuka James Caan meninggal dunia pada 7 Julai dengan ia diumumkan menerusi akaun media sosial beliau pagi tadi oleh ahli keluarga. Caan (82 tahun) dikenali ramai menerusi watak Sonny Corleone dalam filem The Godfather yang menyebabkan beliau menerima pencalonan Oscar pada tahun 1973. Beliau turut membawakan watak Paul Sheldon dalam filem Misery yang diadaptasi dari novel Stephen King.

Sebab kematian masih belum diumumkan dan beliau masih berlakon dengan beberapa filem yang dibintangi beliau dalam fasa pasca produksi. Sebagai seorang pelakon beliau kerap membawakan watak lelaki jahat dalam kumpulan kongsi gelap.

Kerana watak Sonny Corleone cukup ikonik, beliau turut menyumbangkan suara dalam permainan video The Godfather pada tahun 2006. Sejak memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1961, mendiang Caan telah membintangi 137 filem.

Sohor Kini