Diablo Immortal Kini Boleh Dimainkan Di Malaysia

Blizzard akhirnya telah melancarkan Diablo Immortal di beberapa negara asia tenggara termasuk juga Malaysia selepas tertunda sebelum ini. Ia kini boleh dimuat turun melalui Battle Net untuk PC, App Store untuk iOS dan Play Store untuk Android.

Bersempena dengan pelancaran ini dan juga sebagai terima kasih kerana lebih 35 juta pemain melakukan pra-pendaftaran, setiap pemain yang log masuk permainan dan juga menyelesaikan bahagian tutorial dalam masa 30 hari akan mendapat set kostum Horadrim Cosmetic.

Permainan ini menyokong sepenuhnya rentas-platform dan juga rentas-kemajuan membolehkan pemain untuk bermain di peranti pintar ataupun PC, dan juga bermain bersama dengan rakan di mana-mana platform.

Walaupun telah menerima kritikan kerana ekonomi permainan, Diablo Immortal masih lagi menjana pendapatan lebih RM216 juta untuk sebulan pertama.

Sohor Kini