Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin hari ini mengatakan yang beliau akan berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mengurangkan cukai hiburan yang dikenakan ke atas kandungan-kandungan tempatan.

Perkara ini dinyatakan ketika pelancaran drama berjudul “Penanggal Mak Kiah” yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Beliau juga mengatakan jika cukai terlalu tinggi ia akan menyukarkan pembangunan industri filem tempatan, ia juga akan memberikan kesan kepada kualiti kandungan tersebut.

Cukai hiburan adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan buat masa cukai tersebut adalah 25% seluruh Malaysia.

Di acara yang sama Zahidi Zainul Abidin juga mengatakan yang K-KOMM menerusi FINAS sentiasa menyokong penuh penggiat industri kandungan kreatif untuk memperbanyak lagi genre karya hasil tempatan untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

Tambah beliau, sejak 2017 hingga Jun 2022, lebih RM180.8 juta peruntukan telah disalurkan oleh FINAS menerusi Dana Kandungan Digital untuk membantu penggiat industri kreatif tempatan menghasilkan produk yang berkualiti bagi pasaran dalam dan luar negara.

Semalam, FINAS juga telah mengatakan yang mereka akan melakukan perjumpaan dengan penerbit-penerbit filem tempatan untuk berbincang mengenai isu pengagihan keuntungan filem tempatan.

Sohor Kini