Nintendo telah mengumumkan yang Nintendo Switch OLED versi Splatoon 3 akan dilancarkan pada 26 Ogos 2022 bersempena dengan pelancaran permainan tersebut pada 9 September kelak.
Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Nintendo Switch OLED ini menyertakan joy-con berwarna ungu kebiruan dan hijau kekuningan bersama dengan karya-karya berdasarkan Splatoon. Manakala untuk dermaga, ia masih berwarna putih akan tetapi turut menyertakan karya Splatoon dengan percikan cat.
Nintendo Switch OLED versi Splatoon 3 ini akan ditawarkan dengan harga $359.99 (~RM1599).