THQ Nordic telah berkongsi treler baharu untuk The Valiant iaitu permainan strategi masa nyata yang akan tiba untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Namun, masih tiada tarikh lagi buat masa ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Treler antaranya memperlihatkan sesi permainan di mana pelbagai unit tentera digunakan. Pemain boleh memilih pelbagai kebolehan berdasarkan hero. The Valiant menyertakan mod bermain secara koperasi dan juga secara kompetitif di antara 1 lawan 1 atau 2 lawan 2.

Sohor Kini