Dalam banyak-banyak filem MCU, Black Panther adalah kegemaran aku. Malah dalam siri animasi What If…?, episod memfokuskan Black Panther turut aku suka. Aku turut jadi teruja apabila melihat apabila pahlawan wanita Wakanda seperti Okoye beraksi dalam Endgame dan siri TV The Falcon and the Winter Soldier.

Aku pernah tertanya, ada atau tidak pahlawan seakan Dora Milaje di dunia sebenar? Nampaknya apa yang aku ingin tahun terjawab dengan filem Sony baharu The Woman King. Ia adalah filem yang mengambil inspirasi kisah benar mengenai General Nanisca, seorang pahlawan wanita Afrika pada tahun 1800-an yang mengetuai pasukan pahlawan yang digelar sebagai Agojie untuk kerajaan Afrika di Dahomey.

Filem ini akan memfokuskan perjalanan hidup General Nanisca yang penuh dengan emosi dan aksi, bagaimana beliau melatih pahlawan generasi baharu untuk melindungi diri dan juga negara kerajaan mereka. Nanisca adalah jeneral kepada Raja Ghezo di Amazon, dan perlu melatih pahlawan muda iaitu Nawi. Dengan Nanisca mengetuai Agojie, mereka menentang penjajah yang cuba menjadikan warga Afrika hamba.

Seperti Okoye dari Dora Milaje dalam Wakanda, Nanisca dan Agojie turut mempunyai skil hebat, kuat, ganas dan boleh membunuh sesiapa tanpa rasa belas kasihan jika mula mengancam nyawa.

Filem ini diarahkan oleh Gina Prince-Bythewood berdasarkan cerita dari Maria Bello dan skrip oleh Dana Stevens dan Gina sendiri. Jeneral Nanisca dilakonkan oleh Viola Davis, Thuso Mbedu, Lashana Lynch, Sheila Atim, Hero Fiennes Tiffin dan juga John Boyega. Filem ini akan ditayangkan pada 16 September nanti.

Sohor Kini