Biomutant Diumumkan Untuk PlayStation 5 Dan Xbox Series

THQ Nordic telah mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan mereka iaitu Biomutant akan menerima versi PlayStation 5 dan juga Xbox Series pada 6 September 2022. Pemilik permainan tersebut di PlayStation 4 ataupun Xbox One akan menerima naik taraf percuma.

Versi untuk konsol generasi terkini ini akan menyertakan pemuatan yang pantas, resolusi 4K, sokongan HDR dan kadar kelancaran sehingga 60FPS.

Biomutant sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada bulan Mei tahun lepas.

Sohor Kini