Tahun lepas, Apple telah menandatangani perjanjian dengan Skydance Animation untuk mereka hasilkan siri animasi dan filem animasi asli Apple TV+. The Search for WondLA, Luck dan Spellbound adalah antara projek animasi untuk platform penstriman mereka.

Apple kini sudah bersedia untuk mendedahkan filem animasi mereka “Luck” kepada umum. Bukan lagi imej dan sinopsis, tetapi treler penuh;

Luck adalah filem animasi mengisahkan wanita paling bernasib malang, Sam Greenfield. Suatu hari, beliau telah menemui sejenis syiling yang membawa tuah, tetapi kerana diri beliau yang sentiasa malang – syiling itu hilang. Sam kemudian bertemu dengan seekor kucing yang boleh bercakap, Bob yang bertanggungjawab memberi syiling tuah tadi. Bob berasal dari dunia yang didiami oleh haiwan-haiman magis yang membawa tuah ke dunia sebenar. Dalam dunia sama juga, nasib malang turut ada di sana tetapi berada bertentangan dengan tuah. Sam bekerjasama dengan Bob untuk membawa tuah ke dunia, membantu kawan baik beliau – tetapi dunia misteri ini menjadi huru-hara.

Suara Sam adalah dari pelakon Eva Noblezada, Bob pula adalah Simon Pegg, Jane Fonda pula sebagai Babe The Dragon, Whoopi Goldberg sebagai The Captain dan bersama mereka adalah Flula Borg, Colin O’Donoghue, John Ratzenberger dan juga Adelynn Spoon. Filem animasi ini diarahkan oleh Peggy Holmes, sementara skrip pula adalah daripada Kiel Murray.

Luck akan disiarkan di Apple TV+ pada 5 Ogos akan datang.

Sohor Kini