Garena telah mengumumkan yang bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-5 untuk permainan battle royale mereka iaitu Free Fire, mereka akan bekerjasama dengan penyanyi popular Justin Bieber untuk pelbagai acara di dalam permainan dan juga luar.

Antara kandungan yang akan disertakan bersempena dengan sambutan ini adalah kembalinya kandungan bertema, ganjaran dan juga pertandingan. Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi kemudian.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Justin Bieber akan melakukan persembahan di dalam permainan pada 27 Ogos di mana dia akan membawa lagu baharu khusus untuk sambutan ini.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini