Forspoken Ditunda Sekali Lagi, Hanya Tiba Pada Tahun Depan

Forspoken iaitu permainan aksi RPG oleh Square Enix dan Luminous Productions sepatunya dikeluarkan pada bulan Mei lepas, akan tetapi telah ditunda ke Oktober tahun ini. Namun, melalui pengumuman terbaru, ia telah tertunda sekali lagi dan hanya akan tiba pada 24 Januari 2023.

Mereka mengatakan yang penundaan ini adalah kerana perbincangan dengan rakan kongsi masih lagi berlaku, manakala kesemua elemen permainan sudah siap dibangunkan dan sudah memasuki bahagian akhir pembangunan.

Dengan penundaan ini, DLC untuknya iaitu Forspoken: In Tanta We Trust yang sepatutnya tiba pada suku kedua tahun depan, akan tiba pada suku ketiga tahun 2023.

Forspoken akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan juga Microsoft Store.

Sohor Kini