CD Projekt Red hari ini telah membuat kejutan apabila mengumumkan permainan baharu oleh mereka iaitu Gwent: Rogue Mage (dikongsi secara eksklusif oleh IGN) iaitu permainan kad digital roguelike berdasarkan Gwent.

Satu lagi kejutan adalah ia akan dilancarkan esok untuk PC, iOS dan juga Android. Ia adalah permainan berbayar dengan harga $9.99 (~RM44) ataupun $19.99 (~RM89) yang turut menyertakan kandungan untuk permainan Gwent versi multi-pemain.

Menurut IGN, pemain akan menggunakan kad-kad daripada permainan dalam talian Gwent, dan pemain akan mendapatkan lebih banyak kad dengan bermain. Ia dikatakan akan mengambil lebih kurang 30 jam untuk melakukan kesemua perkara di dalam permainan ini.

Bagi penceritaan, ia akan berlaku lebih kurang seratus tahun sebelum Geralt dilahirkan di mana pemain akan mengikuti kisah Alzur di dalam usahanya untuk mencipta The Witcher yang pertama.

Sohor Kini