Ubisoft hari ini telah mengumumkan Tom Clancy’s The Division Resurgence iaitu permainan The Division khusus untuk peranti pintar. Ia adalah permainan percuma untuk dimainkan dan seperti permainan untuk konsol dan PC, ia adalah permainan RPG menembak third-person.

The Division Resurgence sedang dibangunkan untuk iOS dan Android akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Ubisoft mengatakan yang Resurgence akan menyertakan penceritaan tersendiri dan memberikan pandangan baharu untuk penceritaan di dalam The Division dan juga The Division 2.

The Division Resurgence akan menyertakan sesi permainan secara solo dan juga koperasi dengan pelbagai aktiviti PvE melalui misi penceritaan dan aktiviti biasa.

Permainan The Division untuk peranti pintar sudah diumumkan pada tahun lepas lagi, dan kini judul rasmi telah dikongsi.

Sohor Kini