Santa Monica Studio dan PlayStation Studios telah mengumumkan yang permainan seterusnya untuk siri God of War iaitu God of War Ragnarok akan dilancarkan pada 9 November 2022 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5, mengesahkan laporan yang ia tidak akan tertunda sebelum ini.

Anda boleh tonton treler pengumumannya di bawah.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah mengumumkan versi Collector Edition yang antaranya menyertakan replika tukul Mjolnir, Bekas untuk cakera akan tetapi tiada cakera permainan yang disertakan, sebalinya pemain akan mendapat kod permainan.

Anda boleh tonton video nyahkotak untuk versi Collector’s Edition dan juga Jotnar Editions ini di bawah.

God of War Ragnarok juga akan hadir dengan edisi-edisi lain seperti Standard Editon yang ditawarkan dengan harga RM299 untuk versi PS5, RM249 untuk versi PS4 dengan RM50 untuk kos naik taraf. Manakala Digital Deluxe Edition ditawarkan dengan harga RM339 dan menawarkan permainan untuk kedua-dua konsol.

Collector’s Edition ditawarkan dengan harga RM839 manakala Jotnar Edition dengan harga RM1,099. Sesi pra-tempahan akan bermula pada 15 Julai 2022.

Sohor Kini